mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI JUN 2025: NADI x WELLBEING (PERCUMA)

TARIKH: 16 JUN 2025
MASA: 3.00 PM
LOKASI: NADI BERSIA
PESERTA: AJK GPW

TUJUAN:

Bertujuan meningkatkan kesedaran komuniti tentang pentingnya pemantauan kesihatan secara berkala, khususnya tekanan darah dan paras gula (dua indikator utama penyakit tidak berjangkit seperti diabetes dan hipertensi). Selain itu, dapat membantu komuniti mengesan awal sebarang tanda masalah kesihatan dan menggalakkan mereka mendapatkan rawatan lanjut jika perlu.

AKTIVITI:

-Pemeriksaan tekanan darah (BP) dijalankan secara bergilir-gilir dengan pemantauan oleh petugas terlatih di NADI. Bacaan direkodkan untuk rujukan peserta.

-Pemeriksaan paras gula dalam darah (glukosa) dijalankan menggunakan alat digital. Peserta dinasihatkan untuk berpuasa ringan terlebih dahulu sebelum membuat ujian.

-Program ini berlangsung secara santai tanpa temu janji, membolehkan penduduk hadir secara walk-in sepanjang waktu operasi NADI.