mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Julai 2025 : MAHIR x NADI (Mahir Masak Intake 2: Minggu 1)

TARIKH: 22 JULAI 2025
MASA: 9:30 pagi – 11:00 pagi
LOKASI: NADI FELDA BERSIA
PESERTA: Peserta MAHIR

Tujuan: 

Program NADI x Mahir Intake 2 dianjurkan bagi memberi peluang kepada peserta untuk mempelajari kemahiran baharu yang boleh dimanfaatkan sebagai sumber pendapatan atau pembangunan diri. Bagi kursus Mahir Masak, tujuan utamanya ialah memberi pendedahan asas kepada peserta tentang dunia kulinari dan teknik memasak yang betul, meningkatkan keyakinan dan minat peserta untuk mendalami kemahiran memasak secara profesional dan dapat memberi peluang kepada peserta untuk memanfaatkan kemahiran ini sebagai langkah ke arah keusahawanan makanan.

Aktiviti:.

-Untuk minggu pertama, sesi ini lebih kepada pengenalan kursus dan penerangan awal. Antara aktiviti yang dijalankan ialah:

  • Pengenalan Program Mahir Masak di mana fasilitator menerangkan objektif, struktur modul, serta topik-topik yang akan dipelajari sepanjang kursus.
  • Taklimat tentang Mahir Training System. Peserta diperkenalkan kepada platform pembelajaran digital ini, termasuk cara log masuk, mengakses bahan pembelajaran, serta cara menjawab kuiz atau tugasan.
  • Penerangan ringkas tentang asas kulinari. Pengenalan umum kepada aspek kebersihan, keselamatan di dapur, dan peralatan asas memasak.
  • Sesi soal jawab ringkas di mana peserta boleh mengemukakan soalan berkaitan kursus dan penggunaan sistem pembelajaran.

GAMBAR DISINI