mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti September 2025 : Program Merdeka@NADI 2025

Tarikh                     : 7 September 2025
Masa  : 10.00 am – 04.00 pm
 Lokasi: NADI Felda Bersia
 Peserta: Komuniti Setempat

Tujuan: 

Program Merdeka@NADI 2025 dianjurkan pada 7 September dengan tujuan utama untuk menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan komuniti setempat, termasuk kanak-kanak, remaja, dan golongan dewasa. Program ini juga bertujuan meraikan sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia dengan aktiviti yang berteraskan nilai cintakan negara. Selain itu, program ini berfungsi sebagai wadah untuk mengeratkan hubungan antara komuniti melalui aktiviti yang bersifat santai, menyeronokkan, dan mendidik.

Aktiviti:.

-Pelbagai aktiviti menarik dijalankan sepanjang program, antaranya:

  • Nyanyian lagu patriotik serta tayangan video/cerita bertemakan kemerdekaan untuk menyemai rasa bangga terhadap negara.
  • Pertandingan mewarna untuk pelajar prasekolah dan tadika.
  • Pertandingan masakan bertemakan Merdeka bagi komuniti setempat.
  • Pertandingan e-sukan (Mobile Legend) yang menarik minat golongan belia.
  • Kaunter pemeriksaan kesihatan percuma oleh petugas NADI yang menawarkan pemeriksaan BMI, bacaan gula dalam darah, dan tekanan darah kepada peserta dan komuniti.

-Melalui pelbagai aktiviti ini, program berjaya mewujudkan suasana harmoni, meningkatkan semangat patriotisme, serta memberi manfaat dari aspek pendidikan, kesihatan dan kekeluargaan kepada semua yang hadir.

Gambar Disini