mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Oktober 2025 : NADI Tiny Techies (Bengkel Mahir Sumo Robot)

Tarikh : 11 Oktober 2025
Masa: 10.00 am – 11.00 am
Lokasi: Felda Bersia
Peserta: Ahli NADI

Tujuan: 

Tujuan bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar sekolah rendah tentang asas robotik melalui aktiviti praktikal membina sumo robot. Program ini bertujuan meningkatkan minat pelajar terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta mengasah kemahiran berfikir secara kreatif dan penyelesaian masalah. Selain itu, ia juga memberi peluang kepada peserta untuk memahami komponen asas robot dan fungsi setiap bahagian melalui pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman (hands-on learning).

Aktiviti:.

  • Tenaga pengajar menjalankan sesi demonstrasi secara langsung (live) mengenai cara pemasangan sumo robot menggunakan kit Tiny Techies.
  • Peserta mengikuti langkah-langkah pemasangan dengan berpandukan tunjuk ajar tenaga pengajar.
  • Kit Tiny Techies yang telah dihantar ke NADI digunakan oleh peserta untuk aktiviti membina robot secara serentak.
  • Petugas NADI membantu peserta dalam proses pemasangan dan memastikan semua peserta dapat mengikuti setiap langkah dengan betul.

Gambar Disini