mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Januari 2026 : NADI x Kempen Internet Selamat (Taklimat Pengasuhan Digital)

Tarikh: 21 Januari 2026
Masa: 03.00 pm – 04.00 pm
Lokasi: NADI Felda Bersia
Peserta: Ahli NADI

Tujuan: 

Program NADI x Kempen Internet Selamat ini dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa, penjaga dan komuniti mengenai kepentingan pengasuhan digital dalam era penggunaan teknologi dan internet yang semakin meluas. Melalui taklimat webinar bertajuk Pengasuhan Digital, peserta didedahkan kepada amalan terbaik pengasuhan digital bagi memastikan kanak-kanak dan remaja menggunakan internet secara selamat.

Aktiviti:.

  • Peserta menyertai taklimat webinar bertajuk Pengasuhan Digital secara atas talian.
  • Penerangan mengenai konsep dan kepentingan pengasuhan digital dalam kehidupan seharian.
  • Perkongsian amalan terbaik pengasuhan digital, termasuk pemantauan penggunaan peranti dan kawalan kandungan.
  • Pendedahan tentang peranan dan tanggungjawab bersama ibu bapa, pendidik dan komuniti dalam memastikan keselamatan digital anak-anak.
  • Perbincangan berkaitan cabaran pengasuhan digital serta langkah pencegahan risiko dalam talian.
  • Sesi soal jawab bagi memberi peluang kepada peserta mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan isu pengasuhan digital.

Gambar Disini