| Tarikh | : 20 Februari 2026 |
| Masa | : 09.00 am – 6.00 pm |
| Lokasi | : NADI Felda Bersia |
| Peserta | : Peserta E-Sukan |
Tujuan:
Program NADI e-Sukan ini dianjurkan bagi membentuk kesedaran dan kefahaman peserta tentang kepentingan disiplin masa dan komitmen sebagai pemain e-sukan yang bertanggungjawab. Melalui kelas kesedaran secara atas talian bertajuk “Disiplin Masa & Komitmen Sebagai Pemain”, peserta didedahkan dengan keperluan mengurus masa secara berkesan antara sekolah atau pekerjaan, latihan e-sukan dan kehidupan seharian.
Selain itu, program ini bertujuan menerapkan nilai disiplin, komitmen dan tanggungjawab dalam kalangan peserta, khususnya berkaitan kehadiran dalam perlawanan, modul latihan dan aktiviti pasukan. Kesedaran ini penting bagi memastikan penglibatan dalam e-sukan tidak menjejaskan akademik atau kerjaya, sebaliknya mampu membentuk sikap profesional, berdisiplin dan boleh dipercayai dalam pasukan.
Aktiviti:.
- Peserta mengikuti kelas kesedaran e-sukan secara atas talian.
- Penerangan mengenai kepentingan disiplin masa dalam e-sukan.
- Pendedahan tentang pengurusan masa antara sekolah/kerja dan aktiviti e-sukan.
- Perkongsian amalan praktikal disiplin masa seperti perancangan jadual dan keutamaan tugasan.
- Perbincangan tentang sebab disiplin masa penting untuk prestasi dan kerjasama pasukan.
- Penekanan terhadap kehadiran dalam perlawanan, latihan dan modul yang ditetapkan.
- Penerangan mengenai tanggungjawab pemain terhadap pasukan dan komitmen bersama.
