| Tarikh | : 22 April 2025 |
| Lokasi | : NADI Felda Bersia |
| Peserta | : Ahli NADI |
Tujuan:
Webinar NADI Safe: Privasi Data – Lindungi Data Peribadi Anda bertujuan untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar sekolah rendah mengenai kepentingan melindungi maklumat peribadi semasa menggunakan internet dan teknologi digital. Program ini dilaksanakan secara atas talian sebagai langkah pendidikan awal dalam membina kesedaran keselamatan digital dalam kalangan generasi muda. Selain itu, dapat menggalakkan sikap berhati-hati dan tanggungjawab semasa berkongsi maklumat di platform digital seperti media sosial, permainan dalam talian dan aplikasi.
Aktiviti:
- Menerangkan apa itu data peribadi
- Mengapa data peribadi penting dan tidak boleh diberi kepada orang sebarangan
- Penceramah juga menyelitkan video ringkas yang menarik dan mudah difahami oleh pelajar tentang bagaimana untuk kekal selamat dalam talian
