|
TARIKH : 14.06.2022 TEMPAT :PEDi FELDA BERSIA PESERTA : PETUGAS PEDi |
Tujuan:
Pembicaraan yang bertajuk: Awas! Jangan Terpedaya Penipuan Kewangan Dalam Talian.
Aktiviti:
Pihak Klik Dengan Bijak telah mengadakan program tentang jangan terpedaya dengan penipuan kewangan dalam talian. Program ini telah diadakan secara langsung di platform Facebook dan disertai oleh petugas-petugas PEDi. Kuiz mengenai tajuk program tersebut juga telah diadakan di antara petugas-petugas PEDi. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Pejabat MCMC Perlis dan dibantu oleh Timbalan Pengarah Jabatan Program Komuniti, MCMC.
