| Tarikh | : 22 Januari 2026 |
| Masa | : 10.00 am – 12.00 pm |
| Lokasi | : NADI Felda Bersia |
| Peserta | : Ahli NADI |
Tujuan:
Program keusahawanan ini dilaksanakan bagi meningkatkan kefahaman peserta terhadap kepentingan perancangan dan pengurusan kewangan dalam perniagaan melalui penganjuran sesi webinar secara langsung. Melalui topik untung kasar dan untung bersih, peserta didedahkan kepada perbezaan kedua-dua konsep tersebut serta kepentingannya dalam menilai prestasi sebenar perniagaan dan membuat keputusan kewangan yang tepat.
Aktiviti:.
- Peserta menyertai sesi live webinar perancangan kewangan secara atas talian.
- Peserta diberi penerangan mengenai perbezaan untung kasar dan untung bersih dalam perniagaan.
- Peserta didedahkan kepada jenis-jenis rekod kewangan yang perlu disimpan oleh usahawan.
- Peserta mempelajari kepentingan pengurusan rekod jualan, kos dan perbelanjaan secara sistematik.
- Peserta memahami objektif kewangan perniagaan sebagai panduan dalam membuat perancangan dan keputusan kewangan.
