mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI:JELAJAH KARNIVAL SEBENARNYA.MY

Tarikh     : 29 April 2018

Masa:     : 10.00 Pagi- 1.00 Petang

Tempat   : Dewan Terbuka Felda Bersia, Gerik Perak.

 

Tujuan:Memberikan pendedahan kepada komuniti di Felda Bersia untuk menyampaikan berita yang sebenarnya serta mempromosikan portal Sebenarnya.my yang terdapat di PI1M.

Aktiviti:Jelajah karnival Sebenarnya.my yang dianjurkan oleh SKMM dengan kerjasama oleh PI1m Kluster Hulu Perak  iaitu Pusat Internet Gerik,Pusat Internet Felda Bersia,Pusat Internet Lawin,Pusat Internet  Felda Nenering,Pusat Internet Pengkalan Hulu,Pusat Internet  Kg Raban dan Pusat Internet Lenggong telah diadakan di Dewan Terbuka Felda Bersia Gerik. Karnival ini telah menampilkan Tn. Hj Hushim Bin Hj. Salleh dalam menyampaikan slot ceramah bertajuk: “Berita Palsu Musuh Negara”. Selain itu, terdapat aktiviti servis motor secara percuma oleh GiatMARA Gerik untuk komuniti , persembahan dari kumpulan Buskers, kenduri rakyat dan cabutan nombor bertuah. Pengunjung yang hadir juga turut diberikan minyak masak secara percuma dengan menjawab berkaitan dengan PI1M dan pengetahuan Am.

Gambar KLIK DISINI