mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti November 2025 : NADI E-Sukan Pertandingan Mobile Legends Negeri Perak (S3)

Tarikh     : 1 November 2025
Masa  : 09.00 am – 12.00 pm
 Lokasi: NADI Felda Bersia
 Peserta: Peserta E-Sukan

Tujuan: 

Program Pertandingan Mobile Legends Peringkat Negeri Perak ini dianjurkan bertujuan untuk memberi peluang kepada belia yang aktif dalam komuniti NADI untuk menunjukkan kemahiran dan bakat mereka dalam bidang e-sukan. Penganjuran ini juga menjadi platform bagi mencungkil pemain-pemain berbakat yang berpotensi mewakili Negeri Perak ke peringkat kebangsaan. Selain itu, pertandingan ini diadakan bagi memupuk semangat kesukanan, kerjasama berpasukan, dan disiplin diri dalam kalangan peserta. Melalui program ini juga, NADI berhasrat memperkasakan penyertaan belia dalam aktiviti digital yang sihat dan selaras dengan perkembangan teknologi masa kini.

Aktiviti:.

-Pertandingan awal dijalankan secara dalam talian, di mana setiap pasukan bertanding dalam perlawanan 5-lawan-5 mengikut format permainan Mobile Legends

-Pasukan yang layak mara ke peringkat seterusnya untuk menentang pasukan lain secara sistematik. Pemarkahan berdasarkan kemenangan setiap pusingan

-Dua pasukan terbaik akan tepilih untuk ke perlawanan seterusnya.

Gambar Disini