
| TARIKH | 9 Ogos 2025 |
| MASA | 9:30 pagi – 12:00 pagi |
| LOKASI | NADI FELDA BERSIA |
| PESERTA | Peserta E-SPORT |
Tujuan:
Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada peserta mengenai kepentingan keselamatan siber dan perlindungan data dalam dunia e-sukan. Melalui pendedahan ini, peserta dapat memahami risiko yang wujud dalam penggunaan platform digital, mengenal pasti ancaman siber, serta mengetahui langkah-langkah yang boleh diambil untuk melindungi maklumat peribadi dan data semasa menyertai aktiviti berkaitan e-sukan. Tujuan lain adalah untuk melahirkan generasi pemain e-sukan yang bukan sahaja mahir dalam permainan, tetapi juga peka terhadap aspek keselamatan digital.
Aktiviti:.
Peserta menonton sebuah video kesedaran yang membincangkan topik keselamatan siber dan perlindungan data. Dalam video tersebut, diterangkan tentang amalan terbaik ketika berada dalam talian, cara mengurus kata laluan dengan selamat, kepentingan mengelakkan pautan mencurigakan, serta kesedaran tentang bahaya kecurian identiti digital. Peserta juga didedahkan dengan langkah praktikal untuk meningkatkan keselamatan akaun e-sukan mereka. Melalui aktiviti ini, peserta memperoleh ilmu asas dan panduan berguna yang boleh dipraktikkan dalam kehidupan harian.
