mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Oktober 2025 : SAFE: Lindungi Data Peribadi

Tarikh: 22 Oktober 2025
Masa: 3.00pm – 4.00pm
Lokasi: NADI Felda Bersia
Peserta: Ahli NADI

Tujuan:
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran peserta tentang kepentingan melindungi maklumat peribadi daripada disalah guna, terutamanya dalam era digital masa kini. Melalui sesi ini, peserta diberi pendedahan mengenai jenis-jenis data peribadi, risiko kebocoran maklumat, serta langkah-langkah keselamatan siber yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian. Program ini juga menggalakkan pengguna agar lebih berhati-hati semasa berkongsi maklumat dalam talian dan memahami hak mereka di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA).

Aktiviti:

  • Peserta menyertai webinar secara langsung (live) bertajuk “SAFE: Lindungi Data Peribadi” yang dikendalikan oleh wakil pakar keselamatan siber.
  • Penceramah menerangkan maksud data peribadi, contoh pelanggaran maklumat, serta akibat penyalahgunaan data dalam talian.
  • Peserta didedahkan kepada langkah-langkah mudah melindungi maklumat diri seperti penggunaan kata laluan yang selamat dan pengesahan dua faktor.
  • Sesi soal jawab dijalankan bagi memberi peluang kepada peserta bertanya terus kepada penceramah mengenai langkah pencegahan kebocoran data dan keselamatan digital.

Gambar Disini