| Tarikh | : 9 Oktober 2025 |
| Masa | : 10.30 am – 11.30 am |
| Lokasi | : NADI Felda Bersia |
| Peserta | : Ahli Nadi |
Tujuan:
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan peserta mengenai faktor yang mempengaruhi kesuburan wanita dan lelaki. Melalui webinar ini, peserta diberi pendedahan daripada sudut perubatan mengenai sebab-sebab kelewatan kehamilan serta perbezaan antara mitos dan fakta berkaitan isu kesuburan. Selain itu, program ini juga membantu peserta memahami kepentingan pemeriksaan awal, gaya hidup sihat, serta sokongan emosi dalam usaha untuk mendapatkan zuriat.
Aktiviti:
- Peserta menyertai webinar secara langsung (live) bertajuk “Kenapa Saya Belum Hamil? Penjelasan Pakar, Bukan Google” yang dikendalikan oleh pakar perubatan reproduktif.
- Penceramah menerangkan faktor-faktor biologi, gaya hidup, serta tekanan emosi yang boleh mempengaruhi kesuburan.
- Peserta diberikan penerangan mengenai langkah pemeriksaan awal dan rawatan moden yang sesuai mengikut keadaan individu.
- Sesi soal jawab dijalankan bagi memberi peluang kepada peserta bertanya terus kepada pakar mengenai kebimbangan dan mitos umum tentang kesuburan.
