|
TARIKH : 28.08.2021 TEMPAT : PIK FELDA BERSIA PESERTA : KOMUNITI |
Program ini diadakan bertujuan memupuk semangat cintakan tanahair, mengasah
dan menonjolkan bakat dan juga diharap dapat mengeratkan silaturahim di kalangan para peserta dengan keluarga.
Aktiviti:
Pusat Internet Felda Bersia menganjurkan pertandingan sempena Hari Kemerdekaan kepada warga komuniti. Hebahan pertandingan dilakukan melalui Facebook dan Whatsapp.
Pertandingan yang diadakan: – 1. Fesyen Merdeka
2. Gubahan Bahan Kitar Semula
- 3. Deklamasi Sajak Kemerdekaan
- 4. Tanjak Jalur Gemilang
Peserta terdiri daripada mereka yang berumur seawal 4 tahun. Para peserta perlu memuatnaik hasil kreativiti mereka di laman Facebook Pusat Internet Felda Bersia. Pertandingan berlangsung dari 28/08/21 sehingga 31/08/21. Penyampaian hadiah diadakan pada 3/9/21 di PIK Felda Bersia.
