|
TARIKH : 03.06.2022 TEMPAT : PEDi FELDA BERSIA PESERTA : PELAJAR LEPASAN UA |
Tujuan:
Memohon kemasukan ke universiti secara atas talian di laman web UPUOnline.
Aktiviti:
Permohonan kemasukan ke universiti telah dibuka di laman web UPUOnline bagi lepasan SPM/Setaraf dan STPM/Setaraf. Pengguna perlu membeli nombor pin di BSN terlebih dahulu untuk mula membuat permohonan. Pengguna perlu memasukkan maklumat diri dan keluarga serta memilih kos dan universiti yang diminati. Laman Web UPUOnline telah memudahkan pengguna untuk memohon kemasukan universiti tanpa perlu memohon secara ‘offline’. Permohonan UPUOnline ini telah dibuka dari 01 Jun 2022 sehingga 28 Jun 2022.
