mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN:PROGRAM JOM SIHAT BERSAMA PUSAT INTERNET FELDA BERSIA

Nama:Program Jom Sihat bersama Pusat Internet Felda Bersia

Masa:8.00pagi -1.00 Petang

Tarikh:28.12.2018

Lokasi:Pusat Internet Felda Bersia

 

 

Tujuan:Program Jom Sihat diadakan  untuk memperkenalkan PI kepada komuniti setempat.Selain itu juga,PI juga mengekalkan hubungan antara pihak NGO,AGENSI,JKKK dan NGO.PI juga dapatkan merapatkan jurang antara komuniti melalui kesihatan selain daripada ICT dan teknologi komunikasi.

Aktiviti:Program ini dianjurkan oleh Pusat Internet Felda Bersia dengan kerjasama pihak KOSPEN  Hulu Perak serta Klinik kesihatan  Gigi Hulu Perak yang disertai oleh warga emas,pemuda felda,ahli GPW felda bersia serta ahli Pusat Internet Felda Bersia.Pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti pertandingan sarapan kreatif(Bento),menyediakan sandwish sihat serta mengukir buah.Selain itu juga diadakan pemeriksaan kesihatan  seperti tekanan darah ,gula dalam darah ,ukur berat badan serta pemeriksaan kesihatan gigi .

Selain itu diadakan ceramah tentang Tip penjagaan tulang belakang oleh pegawai Fisiterapi Pn Nuur Nasyrah bt Zainal Abidin dari Klinik Kesihatan Pengkalan Hulu.Selain itu,pertandingan KUIZ KAHOOT bertajuk JOM SIHAT.Pertandingan artikel Ergonomi iaitu kesihatan mengenai kedudukan  yang betul semasa menggunakan komputer akan dimuatnaik kedalam my komuniti (DASHBOARD) bersama belia.

Program berakhir dengan jamuan tengahari yang disediakan oleh GPW  serta majlis penyampaian hadiah serta cabutan bertuah.

Gambar KLIK DISINI