|
Nama:Program WE LOVE WE CARE Pusat Internet Cluster Hulu Perak bersama anak yatim Pengkalan Hulu Masa:7.30 Pagi – 3.00 Petang Tarikh:20.11.2018 Tempat:Asrama Al -Taqwa dan Asrama At-Taqwa Pengkalan Hulu. |
Tujuan:Program we love we care bersama 7 buah Pusat Internet Cluster hulu perak untuk meraikan dan menceriakan anak-anak yatim dan miskin agar golongan kurang bernasib baik ini terus dikasihi dan tidak dipinggirkan.
Aktiviti:Program dijalan seawal pagi dengan acara sarapan bersama anak yatim di Asrama Al -Taqwa seramai 48 orang termasuk lelaki dan perempuan yang terdiri dari darjah 2 sehingga tingkatan 5.Aktiviti pertama ialah gotong royong mencantikan kawasan Asrama. Pada jam 10.00 pagi ,para staf pusat internet mula memulakan aktiviti pertama iaitu Program KLIK DENGAN BIJAK ,permainan pertama ialah Telefon karat.Peserta dikehendaki membuat kumpulan dan melantik ketua yang wajib menghafal satu teks berkaiatn KDB,selepas selesai ketua akan memberitahu anak buah sehingga selesai, peserta terakhir dikehendaki membaca balik apa yang disampaikan dihadapan satf.Peserta yang berjaya menghafal semula dengan betul dikira pemenang.Permainan seterusnya permainan meneka gaya saya.Peserta yang terpilih dikehendaki membuat gaya manakala rakan lain meneka apakah yang digayakan rakannya dihadapan.Peserta yang berjaya jawab diberi hadiah oleh staf Pusat Internet.Pada sebelah petang,majlis ceramah berkaitan MAURIDUL RASUL oleh Ustaz Fazi Bin Mohammad kemudian ucapan ketua wilayah utara MSD Encik Nik Bin Nik Megat .Pada jam 2.30petang program BACK TO SCHOOL 2019 iaitu pengagihan pakaian,sumbangan buku untuk perpustakaan mini dan sumbangan alat tulis.Pada jam 3.00 petang ialah program terakhir sesi bergambar bersama staf Pusat Internet bersama anak-anak Yatim.
GambarKLIK DISINI
