Universal Service Provisions e-Bulletin
Antara usaha memperkenalkan Pusat Internet 1Malaysia, Pihak Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah memperkenalkan e-bulletin yang boleh dibaca melalui online iaitu ‘Universal Service Provision e-Bulletin’. Majalah ini diterbitkan bertujuan merapatkan komuniti dengan Pusat Internet 1Malaysia. Pelbagai aktiviti berkaitan Pusat Internet di seluruh Malaysia boleh diketahui melalui terbitan e-buletin ini. Selain itu ,pembaca juga boleh memperolehi maklumat berkaitan teknologi terkini yang turut dimuatkan di dalam e-bulletin ini.
Pengunjung boleh melayari e-bulletin tersebut melalui pautan dibawah.