Pertanian yang terdapat di Felda Bersia adalah penanaman kelapa sawit , getah , dan bercucuk tanam (pisang, sayur – sayuran). Bidang pertanian ini juga menjadi sumber pendapatan utama kepada peneroka Felda Bersia sejak awal penubuhan Felda ini lagi. Namun, segelintir penduduk Felda Bersia mula menjinakkan diri menceburi bidang pekerjaan lain seperti perusahaan kedai runcit, pertukangan, pemprosesan makanan dan juga jahitan pakaian.


