TARIKH : 02.06.2024 TEMPAT : DEWAN SERBAGUNA MAJLIS DAERAH GERIK PESERTA : KOMUNITI DAN USAHAWAN |
Tujuan:
Program One Stop Centre menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan swasta untuk memudahkan akses ke atas perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan kepada kumpulan sasar iaitu peserta eKasih miskin dan miskin tegar. Petugas NADI turut membuka booth bertujuan untuk mengembangkan dan memperkenalkan perkhidmatan NADI kepada usahawan serta komuniti. Usahawan boleh menyertai kelas-kelas keusahawanan yang diadakan di NADI terdekat.
Aktiviti:
Pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti kursus-kursus kemahiran, saringan kesihatan percuma, perkhidmatan tukar minyak hitam percuma, perkhidmatan gunting rambut percuma, jualan murah, cabutan bertuah dan sebagainya. Program seperti ini akan dapat menarik lebih ramai ahli-ahli NADI baru dalam kalangan komuniti serta usahawan