Pusat Internet Felda Bersia ataupun dikenali sebagai PI Felda Bersia telah mula beroperasi sepenuhnya pada Julai 2013 dan telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Hasbullah Osman pada 13 Disember 2013. Lokasi Pusat Internet Felda Bersia adalah sangat strategik dimana ianya bersebelahan dengan Pejabat Pengurusan Felda dan berhadapan Balai Polis Felda Bersia. Dilengkapi dengan kemudahan yang lengkap untuk mengakses internet Pusat Internet Felda Bersia mempunyai 20 buah komputer, pengimbas, mesin fotostat dan juga pencetak kertas khusus untuk kemudahan ahli disini. Pusat Internet ini juga mempunyai sebuah bilik latihan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran mengenai ICT, INTEL, kelas latihan keusahwanan dan sebagainya.

